Speedmeter Superbike Dah Pulih

10-Ogos-10

Aku terjaga jam 5.15am. Handphone aku tertinggal kat luar, jadi bunyi alarmnya sayup-sayup aje. Rasanya snooze yang ke-2 baru aku tersedar. Aku bingkas bangun dan menunaikan solat Isya’. Esok dah start puasa, jadi malam ni aku akan ke masjid untuk tunaikan terawih, jadi Isya’ akan aku laksanakan sebelum tidur. Semoga Ramadan kali ini berikan perubahan.

Pagi ni macam biasa aku buat minuman breakfast yang selalu aku minum. Siap-siap dan terus memecut superbike aku yang semalam aku dah hantar repair dia punya speedmeter. Semuanya dah pulih. Rupanya speedmeter ni ada satu kabel yang menyambungkan drum tayar depan hingga ke mileage counter. Pengetahuan baru buat aku. Harga kabel ni RM12. Cuma masa diaorang nak buka console meter motor aku tu, satu skru sudah jem. Diaorang drill, makan masa hampir 1 jam. Aku kena caj tambahan RM10. Total cost = RM22.

Kabel Speedmeter Screw JamSpeedmeter OK

On the way balik tu, aku pit stop kejap kat tempat cuci kereta. Suruh diaorang cuci motor aku sebab masa orang repair kabel tu, dia sudah pegang motor aku dengan tangan yang berminyak. Kena RM5….Ces, cuci motor yang kecik ni pun RM5?! Macam cuci kereta pulak.

Aku terus balik rumah lepas tu….penat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: