Pulau Pinang 2 Kali Dalam 2 Hari

6-Ogos-2010

Sekarang ni jam dah tunjuk 9.25am. Aku di rumah. Sepatutnya aku kerja hari ini, tapi aku ambil keputusan untuk lepak kat rumah. Bukan apa, 6-Ogos-2010 (Khamis), aku terpaksa ke Pulau Pinang untuk hand-carry barang urgent untuk customer.

Aku bergerak jam 7pm dan tiba kat customer site around 10.30pm. Aku speed agak laju jugak. Nak melawan mengantuk. Sampai je kat pak guard tempat customer tu, aku nak tinggalkan barang kat dia, tapi pak guard tu menolak takut dia dipertanggungjawabkan kalau ada kekurangan bilangan kotak etc.

Aku pun terpaksa masuk dalam kilang yang mengaji lebih 3,000 orang ni. Sampai kat diaorang punya receiving, adalah seorang mamat ni yang tolong aku copkan Delivery Order. Aku ambil dokumen tu kemudian terus speed kereta company ni. Aku decide nak tidur kat Penang je malam ni. Aku pun check in kat hotel pakcik Cina ni. Harganya RM70 semalam. Tuala dia koyak-koyak beb, TV kecik dia punya siaran macam duduk dalam hutan simpan Jerantut!

7-Ogos-2010

Pagi ni aku terbangun jam 5am disebabkan oleh alarm Sony Ericsson aku. Aku mandi ala kadar, dalam hotel ni punya bilik air, sabunnya jenis yang tekan-tekan keluar cecair tu. Cess….takde buih! Aku pun selesaikan tugas pembersihan badan ni dengan air panas.

Selesai mandi, aku pakai baju spare yang sentiasa aku bawak kemana sahaja ni, sarung seluar semalam, pakai baju kerja, check-out dan terus gerak masuk Highway. Sampai je kat kawasan rehat pertama selepas tol Juru menghala ke Selatan, aku berenti sembahyang Maghrib dan Isya’ (Jamak Takhir Dinosaur).

Dah ambil air sembahyang, capai sejadah, tengok-tengok takde arah kiblat! Aku cari-cari tak jumpa. Last-last tawakallah aku menghalakan sejadah ke kawasan hutan. Selesai solat, aku speed kereta. Sampai kat kawasan rehat Bukit Gantang, aku solat Subuh.

Pondok Solat

Sampai kat kawasan rehat Simpang Pulai, aku rasa mengantuk sangat. Aku berenti, tidur kejap. Bangun je, dah siang! Aku teruskan pemanduan. Dekat-dekat nak sampai company, customer yang Penang tadi call. Diaorang jumpa reject lagi! Same one as before! Cess….macam manalah operator aku buat checking ni!

Sampai kat syarikat dalam jam 9.30am. Teruskan kerja yang patut, cakap dengan operator yang bertanggungjawab menge”check” lot yang customer reject tu. Aku malas nak marah, nanti sentap pulak! Kejap lepas tu, ada lagi barang yang kena hand-carry ke tempat customer. Aku ambil tugas ni lagi sebab aku nak jumpa customer punya PIC yang call aku pagi tadi cakap ada jumpa same defect 2nd round!

Dalam jam 1 petang, aku ambil lagi kereta yang sama, speed towards Penang untuk kali ke-2 dalam masa 2 hari berturut-turut!

Aku sampai kat kawasan rehat sebelum R&R Tapah, aku rasa macam mengantuk sangat. Dah terlelap sekali. Aku pit stop kat bawah shade pokok, tidur sekejap.

Aku termimpi customer tu macam sergah aku. Terjaga aku beb! Tengok-tengok jam dah 2.20pm! Alamak, kalau macam ni, Penang before 4pm dah jadi impossible. Aku beli aiskrim cone, pisang hitam manis dan speed the car again towards Pulau Pinang.

Aku sampai tempat customer tu jam 4.40pm! Hantar barang, nak ambik sample reject. PIC dia kata ada kat dia punya sub-con. Cess…aku jawab beberapa sebab kenapa terlepas dari pandangan mata inspector aku. Dia kata, anyhow, tak boleh berlaku kali ke-3, nanti susah nak jawab dengan diaorang punya management. I said, we will strive to improve further.

Aku start kereta dan terus speed nak balik. Dah lebih kurang 10km travel, PIC customer tadi call, dia kata barang reject tu dah ada kat tangan dia. Cesss….aku U turn dan ke company tu balik. Ambil barang reject, and speed back to the highway.

Sebelum masuk highway tu, ada pulak beberapa puluh biji kereta yang try to potong Q. Masuk kat jalan yang tak sepatutnya, dan try to cross in back kat depan. Ciss….ni yang buat jem tu!

Potong Q

Aku buat dek aje…malas nak bicara banyak. Buat darah tinggi aje. Dalam-dalam potong Q tu, ada sebijik Saga lama tu sudah gesel satu kereta Persona kat bumper belakang. Driver Persona tu women, mungkin dia tak perasan, dia terus je jalan….

Aku speed to the highway dan sampai kat Kawasan R&R Gunung Semanggol, aku pit stop dan check in kat Hotel Grand Paradise. Semalam RM59.00 nett. Bilik tingkat 2. Aku masuk bilik, undress dan terus terlelap. Jam masa tu 7.10pm.

Highway Hotel

Aku terjaga jam 4.00 pagi. Bangun, mandi dan menunaikan solat Maghrib serta Isya’ dalam bilik hotel beralaskan tuala mandi. Kemudian terus take-off merentasi Highway sekali lagi. Buat satu pit stop kat Ulu Bernam untuk sembahyang Subuh dan aku makan bihun goreng dengan telur mata kerbau (RM3.00) serta Teh Tarik (RM1.30).

Bihun & Teh Tarik

Kat Malaysia sekarang ni, jumlah bihun dengan harganya dah tak standard. Kat R&R ni, jumlahnya sedikit. Kalau aku beli dekat kedai berhampiran dengan rumah aku ni, RM3 bihun, boleh makan 3 kali! Hopefully something can be done.

Aku teruskan perjalanan dan tiba kat tempat kerja jam 7.00 pagi. Aku buat 2 notes untuk Supervisor aku, letak kunci kereta, Delivery Order barang hand-carry semalam, ambil beberapa dokumen, masuk dalam beg dan start motor aku terus balik rumah!

Aku sampai kat rumah jam 8.20 pagi…..penat. Tengahari ni aku nak ke KL….ada re-structure signage dengan Citibank. Cess…hutang ni memang membebankan. Harap-harap things will get better. Lagipun gaji aku dah capai RM7K lebih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: