Ikan Koi

8-Ogos-2010

Pagi tadi aku bangun 5.00am, tunaikan solat Isya’. Memang betul, solat Isya’ paling susah untuk orang yang imannya nipis macam aku ni untuk tunaikan. Anyhow, aku cuba untuk tidak meninggalkan solat yang telah difardhukan Ilahi kepada umat Islam seperti aku ini. Semoga hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini.

Aku kemudian sambung hari aku dengan menonton Discovery Channel yang menyiarkan keajaiban dunia Islam. Yang aku perasan, diaorang cakap pasal Masjid Al-Aqsa’ dan beberapa masjid lain di Peranchis dan negara-negara lain yang aku tak berapa ingat sebab tengah melawan ngantuk. Aku terlelap…..

Jam dah tunjuk pukul 8.00am baru aku tersedar….aku tertinggal Subuh pulak! Semoga aku boleh menjadi umat Islam yang baik dan taat dengan perintah Allah.

Dalam jam 11.30 pagi, aku ajak isteri dan anak aku keluar makan. On the way ke tempat yang selalu jugak aku pergi, akak aku telefon dan minta RM100 untuk bantu dia bulan ni. Katanya ada hal. Takpelah, aku ada duit sikit nak tolong.

Sampai je tempat yang aku tuju, iaitu Alamanda Putrajaya. Aku pergi makan kat Rasa-Mas. Aku order satu set untuk 2 orang dan satu Chicken Chop untuk anak aku. Lama gak diaorang nak prepare. Masa masuk tu tak ramai sangat orang, tapi dah setengah jalan aku tunggu, orang makin ramai. Lunch hari ini cost me RM48.75. Mahal gak tu….takpelah sekali-sekala.

Then, aku ke ATM Maybank untuk transfer RM100 ke akaun kakak aku. Cess….pindahan ke akaun pihak ke-3 tak boleh pulak. Katanya resit tak ada. Tapi aku tengok mat depan aku yang keluar RM850 tadi tu dapat pulak resit walaupun ada alert yang mengatakan resit takde sebaik dia masukkan kat ATM dia. Aku sedikit frustrated….!

Entah kenapa, aku tiba-tiba rasa macam hilang mood.

Aku cakap kat isteri aku, “jomlah kita balik…”

On the way balik tu, aku singgah Giant beli sedikit makanan untuk malam ni. Aku rasa macam nak makan banjo….aku beli daging burger, telur dan beberapa kelengkapan rumah. Cost me around RM75.00.

Selepas Giant, aku beli Scott Emulsion untuk anak aku, RM9.90, dan aku sempat singgah kat kedai akuarium beli 2 ekor ikan lampam dan 2 ekor ikan Koi….semoga ikan ini dapat menenangkan perasaan aku yang agak kelam kabut sekarang ni.

Akuarium Wajah Baru Ikan Lampam

Petang aku berlalu dengan kerja-kerja pembaikan akuarium yang aku ada sekarang. Aku tambah filter yang aku beli tadi. Semoga ikan-ikan aku menjadi lebih sihat dan panjang umur.

Lepas ni aku nak tunaikan solat Maghrib dan terus menjalankan kerja aku untuk buat burger sihat untuk anak aku dan isteri termasuk aku sekalilah. 2 hari lagi, nak puasa beb. Aku ada satu kuali kecil yang aku rasa aku dapat hadiah dari redemption Bonuslink aku, TEFAL. Aku goreng telur tak payah pakai minyak beb. Tak melekat langsung. Bagus tu. Teknologi!

Semoga aku, keluarga aku dan orang lain jadi lebih sihat….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: