Hari Pertama Puasa 2010

11-Ogos-2010

Hari ini adalah hari pertama puasa 2010. Aku berjaya menunaikan solat sunat Terawih semalam. Tapi 8 rakaat aje. Surau agak panas semalam walaupun cuaca sejuk. Mungkin sebab ramai yang menunaikan ibadah sunat ni memandangkan ianya hari pertama.

Biasalah, terawih ni jemaahnya akan ramai pada awal-awal Ramadan, lepas tu makin kurang dan kurang. Dekat-dekat nak raya nanti lagi kurang sebab orang sibuk membeli-belah untuk persiapan raya. Aku rasa untuk elakkan orang kurangkan ibadat masa hujung puasa, Allah SWT telah memberikan kelebihan malam-malam terakhir ni dengan Lailatulqadar. Wallahualam.

Pagi ni aku bersahur dengan minuman kesihatan yang aku dah amalkan nak dekat 4 tahun ni. Aku nak monitor jugak aku punya komposisi tubuh, sebab sekarang ni aku mengalami beberapa kekurangan dalam kesihatan;

  1. Terlebih berat
  2. Darah tinggi
  3. Kencing manis (aku tak pernah check detail, tapi kalau badan berat, mesti ada punyalah)
  4. Sakit lutut kanan (sebab berat berlebihanlah ni)
  5. Ada rasa mencucuk kat dada belah kanan
  6. Kepala sekarang dah cepat pening

Jadi, aku ada beli beberapa alat untuk monitor perkembangan kesihatan aku masa bulan puasa ni. Aku beli;

  1. Mesin timbang yang ada bacaan detail tentang komposisi badan (Tanita BC543-RM788)
  2. Pengukur tekanan darah (Omron SEM2 – RM210)

Omron Blood Pressure  Tanita Weighing Scale

Bacaan untuk hari pertama (kira macam before improvementlah ni)

image

Untuk parameter-parameter ni punya penerangan, nanti aku copy dari buku panduan yang Tanita dan Omron sertakan masa aku beli peralatan ni. Risau juga, banyak yang out ni!

One Response to “Hari Pertama Puasa 2010”

  1. Merentasi 4 Sempadan | Perjalanan Hidupku Says:

    […] Hari ini adalah hari ke-7 puasa 2010. 2 hari lepas masa aku timbang berat, aku berjaya menurunkan 4 kilo setengah. Nampaknya ada perkembangan yang baik. Aku akan update aku punya keadaan komposisi badan aku esok setelah aku berpuasa genap seminggu. <<<Hari pertama aku berpuasa>>> […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: