Speed Meter Rosak

9-Ogos-2010

Hari ini bermula jam 5.00 pagi. Aku bangun untuk tunaikan Solat Isya’ yang aku tak buat lagi masa aku tidur semalam. Itupun aku dikejutkan oleh handphone Sony Ericsson aku tu. Aku ambil air sembahyang dan terus tunaikan solat 4 rakaat. Lepas tu aku gosok gigi, mandi dan ambil air sembahyang untuk Subuh pulak. Alhamdulillah hari ini aku sempat baca surah Yaasin sementara menanti solat Subuh. Tamat Yaasin, azan berkumandang dan aku lelapkan mata sekejap. Dalam jam 6.05 pagi aku terjaga dan terus tunaikan Solat Subuh.

Lepas Subuh, aku buat sendiri minuman yang aku suka tu. Aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Alamak, rasa macam Monday Sickness pulak. Aku turun kat motor, pakai bandana tutup mulut aku, sarung tangan dan terus memecut laju mengikuti jalan yang selalu aku guna. Jaraknya 60km +/-!

On the way tu aku tengok Speedometer Superbike aku menunjukkan 90km/j. Perghhh….smooth je enjin pagi ni. Mungkin sebab aku isi minyak RON97 Petronas hari Sabtu lepas. Tiba-tiba je speedmeter aku tunjuk kosong, walaupun aku tengah laju. Alamak, rosak pulak speedmeter aku ni! Mileage menunjukkan 20,566. Aku tengok mileage meter pun dah tak gerak. Ni susah pulak nak budjet mileage untuk aku tukar minyak hitam ni…..

Speedmeter Rosak

Aku pit stop kejap kat Petronas, aku request nak isi RM4.60 minyak kat Pam 11. Aku tarik pump RON97 warna hijau, cess…tak respons pulak meter minyak dia. Aku terpaksa pump minyak RON95 warna kuning gak. Masa tak berapa mengizinkan, aku pergi toilet dan terus speed motor aku ke tempat kerja. Sampai tempat kerja, aku punch tepat jam 8.04am.

Tengahari aku makan nasi, sayur bayam, ikan kerisi dan 3 kacang bendi. Makcik tu caj aku RM4.50. Biasanya RM4.00 aje, dia kata sebab aku ambik bendi 3 biji. Cess….berkiralah makcik ni. Bendi tu pun dia ada masukkan dalam kuah asam pedas. Dahler keras tak boleh nak gigit kasi putus. Anyway, kira Halal Bahalal-lah.

Hari ni banyak kerja beb. MD aku nak aku punya department guarantee every single sample yang keluar dari kilang ni. Katanya, “Aku nak ada orang yang cakap, kalau sample ni mesti OK punya!”. Maknanya, dia nak aku yang kasi gerentilah tu. Takpe, I will try my very bestlah.

Petang ni, aku nak gerak balik awal sebab nak gi check aku punya Superbike punya speedometer. Tak syioklah kalau speedometer tu tak bergerak mengikut kelajuan! Esok aku update berapa RM aku kena…harap-harap diaorang bolehlah repair, tak maulah kena tukar satu speed meter plak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: