Langit Petang

4-Ogos-2010

Pagi ni aku keluar awal 15 minit berbanding semalam, tepat 6.30am aku keluar dari rumah. Hujan! Tujuannya nak singgah kat satu Petronas ni. Kat Petronas ni ada Cash Deposit Machine untuk Maybank. Nak keluar duit dari Diners Club aku dan masukkan dalam Maybank. Nak bayar utang dan buat satu order online.

Aku sarung seluar hujan, speed aku punya Superbike EX5 aku meredah hujan. Hari ni tak sempat nak baca surah Al-Waqiah.

Sampai je kat Petronas yang aku maksudkan, dengan penuh harapan, aku masuk ke dalam kedainya. Tengok-tengok CDM tu Out of Service atau dalam bahasa Melayu aslinya, Tergendala!! Cess…..penat-penat aku meredah hujan. Maybank had to do something about this….frustration. Dalam hutan tempat aku kerja ni takde Maybank lain dah!

Semalam aku balik awal sikit lebih kurang jam 6pm selepas solat Asar. Ingat nak rehat sikit. Langit petang semalam agak berlainan dengan langit petang-petang yang lain.

Langit Petang 4-Aug-10

Mungkin ada kebakaran di mana-mana yang menyebabkan ada seperti asap menyelubungi bahagian bawah awan. Pancaran matahari terlindung dan kegelapan datang awal di separuh perjalanan aku bersama Superbike EX5 100cc aku! Aku tiba dirumah tepat jam 8pm. Sempat beli apam balik coklat (RM1.80) kat pasar malam.

Besarnya kuasa Allah. Semoga hidup aku dan orang Islam yang lain diberkati….Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: