Ke mana Wang Saya?

Aku beli buku ni kat satu kedai yang jual barang-barang ibadat dan buku-buku berteraskan ajaran Islam 2 minggu lepas. Aku belum habis baca, tapi beberapa bab yang menarik dah aku baca sikit-sikit.

Kemanakah Wang Anda   Kemanakah Wang Anda (Harga)

Pengarang: Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

Harga Jualan: RM20.00 (SM) RM22.00 (S/S)

Tujuan aku beli buku ni sebab nak perbetulkan keadaan ekonomi aku sekarang ni. Dulu aku berniaga dan masa mula berniaga tu aku berhutang banyak juga. Bukan itu sahaja sebabnya, aku boros jugak membeli apa yang tak patut aku beli. Masa perniagaan aku tengah naik, aku tak budget elok-elok, banyak pembaziran telah berlaku. Lalu Tuhan tarik balik nikmat tu menjadikan aku dalam masalah kewangan sekarang.

Buku yang aku beli ni memberikan beberapa nasihat penting, antaranya ialah;

(1) Anda tidak pernah cukup wang? Barangkali anda perlu pertimbangkan soal “berkat”….

(2) “Dalam mengejar harta dunia, adakalanya kita terlibat dengan unsur-unsur yang menjadikan pendapatan kita tidak diberkati”

(3) Terjaminkah keadaan kewangan anda jika gaji naik? Barangkali tidak! “Kenaikan gaji tanpa pembaikan pengurusan kewangan sudah tentu tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada keadaan kewangan keluarga. Percayalah,”

(4) Bolehkah wang pinjaman pengajian tinggi memberi pulangan kepada peminjam? Tentu boleh jika peminjamnya amanah dan bijak.

(5) Langgani produk takaful “savings plan”….jika anda masih hidup, insyaAllah manfaat serahan yang anda dapat ialah RM33,661.89.” ((4) dan (5) Petikan bab Merancang Wang Pinjaman Pengajian Tinggi)

(6) Adakah anda sering mengalami situasi bulanan “Dapat Gaji Terus Habis?” Percayalah, anda mampu mengubahnya! “Pokok pangkalnya adalah diri anda sendiri, mahu atau tidah berubah? Kesilapan dalam pengurusan kewangan tidak kira status sosial ataupun tahap pendidikan seseorang, tetapi lebih kepada sikap!” (Petikan bab Semewah Manakah Diri Anda?)

(7) Kukuhkah situasi kewangan anda bila bersara kelak? Mungkin ya mungkin tidak! “Jika anda bersara pada umur 55 tahun, pastikan tabung persaraan anda berjumlah RM480,000, baru anda boleh menikmati “pencen” RM2,000 sebulan sehingga berumur 75 tahun.” (Petikan bab Sediakah Anda untuk Bersara)

Untuk pecahan bahagian, buku ini mengandungi bab-bab berikut;

  1. Bahagian 1 – Merancang Kewangan
  2. Bahagian 2 – Menguruskan Perbelanjaan
  3. Bahagian 3 – Pelaburan untuk Anak-Anak
  4. Bahagian 4 – Hidup Selesa Tanpa Hutang
  5. Bahagian 5 – Peluang Tingkatkan Pendapatan
  6. Bahagian 6 – Persediaan Masa Depan

Dan belakang buku ini menulis;

“Anda perlu memiliki buku ini jika anda mahu:

Bebas daripada masalah kewangan pada masa hadapan

Bebas daripada belenggu hutang

Menambah pendapatan diri dan keluarga

Tahu tentang risiko jika pendapatan meningkat

Mencapai matlamat kewangan dari mula bekerja hingga bersara

Jaminan kewangan

Tip mengurus wang pinjaman pengajian tinggi dengan bijak

Belajar mengawal perbelanjaan

Merancang kewangan keluarga

Tip merancang perbelanjaan untuk anak sejak lahir hingga dewasa

Mendidik anak jimat berbelanja

Tahu cara bijak berbelanja untuk persiapan raya

Panduan merancang perbelanjaan majlis perkahwinan

Melabur secara bijak

Menambah pengetahuan tentang pengurusan kewangan dengan lebih Islamik.

Hmmm….buku yang menarik. Semoga aku dapat membaca dan memahaminya, sebab aku target, by age 40 years old, aku punya hutang just 30% from my income….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: