Naik Angin

2-Ogos-2010

Pagi ni agak berat sikit. Aku dikejutkan oleh Handphone Sony Ericsson aku tepat jam 5.30pagi. Malam tadi aku bangun kencing 3 kali. Mungkin sebab aku pegi bantai 5-6 biji kurma Yusoof Taiyoob dan segelas besar Milo panas yang buat pertama kalinya dalam 3 tahun lebih aku beli kat Tesco.

InsyaAllah hari ini akan lebih baik dari semalam.

Awan Pagi 2-Aug-10

Aku ke tempat kerja dengan kereta company sebab Jumaat – Sabtu lepas aku ke Pulau Pinang, outstation. Aku gerak dari rumah jam 6.50am setelah menikmati minuman kesihatan aku yang aku campurkan dengan 3 sudu oat yang juga dibeli di Tesco semalam. Aku juga campurkan sesudu Milo. Kandungan proteinnya, 10g + 5g + 5g, mungkin cukup untuk aku sehingga tengahari.

Sampai kat tempat kerja, aku tengok email yang berderet masuk sebab aku tak check hampir 2 hari. Ada beberapa claim dari customer yang buat aku sedikit pening sekarang ni. Anyway, tackle one by one until complete dan dalam masa yang sama, aku kena enforce dan add more control to current production flows.

Dalam sibuk-sibuk aku buat kerja, ada satu sub-con ni, dengan berlagaknya menyalahkan QA kat sini tak detect reject yang dia buat. 300K pcs dijudge oleh customer sebagai reject, dia upset sebab dia kena ganti. Aku angin sebab dia kata salah QA kat sini juga yang tak detect reject yang dia produce. Cess…ada ke cakap dengan customer macam tu….!!

Aku agak hilang pertimbangan, lagipun dia kata aku tak tau apa-apa sebab aku baru. Cess…menyirap lagi darah aku. Reject is reject beb, ganti tak ganti tu diantara dia dengan aku punya management. Aku sebagai QA, decide and try to accept rejects, but end user dah kata NO, so jawapannya adalah NO….hilang semangat aku nak kerja beb.

Harap diaorang ni sedar apa yang sebenarnya tengah berlaku dan dimanakah kedudukan mereka sekarang ini.

Untuk tenangkan diri aku, aku printkan Surah As-syam dan doa solat Dhuha yang aku dapat dari internet. Aku lekatkan di dinding surau tempat aku kerja dan aku cuba tunaikan solat sunat  ini dengan usaha untuk capai khusyuk….semoga Tuhan memberikan aku ketenangan dan rezeki yang melimpah ruah…..Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: