Milo Dah Habis!?

30-Julai-2010

Hari ini adalah hari kedua aku di Pulau Pinang. Pagi aku bangun dalam jam 7am. Hari ni aku masih lagi kepenatan, mungkin disebabkan oleh rutin harian aku semalam terganggu. Aku tiba di Pulau Pinang pada jam 4 pagi. Memang badan dah tak sekuat dulu.

Aku bertolak dari rumah aku jam 10pm, singgah McDonald’s beli makan malam untuk anak dan isteri aku, termasuk aku sekalilah. Lepas tu terus masuk ke Plus highway, bergerak terus ke Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan ada banyak kereta yang bergerak sekali dengan aku. Tak tahu kenapa kereta agak banyak walaupun malam tu adalah malam Jumaat. Nak kata ada cuti esoknya, tak juga.

komtar

Aku tiba di Pulau Pinang jam 4 pagi setelah setengah jam sesat mencari hotel. Aku telefon hotel tu punya operator pun boleh sesat lagi sebab operator tu salah tafsir kedudukan sebenar aku semasa aku telefon dia. Dugaan….

Setelah tiba di hotel, diaorang kata tak ada bilik, cuma ada bilik kelas Eksekutif. Ceh….aku telefon petang tadi dia kata ada, tak payah booking, just walk-in aje sebab banyak bilik. Kelentong betullah diaorang ni. Discuss punya discuss, aku setuju ambil executive room yang harganya RM255 nett tanpa breakfast.

Naik je bilik, ceh…macam bilik penjara kajang! Kotor dan peralatannya tak up to date. Siaran TV kabur.

Settle kerja aku di Pulau Pinang, aku gerak balik hari ini. Sebelum masuk tol Plus, aku singgah kat restoran mamak yang terkenal di seluruh Malaysia. Aku order Milo Ais, Limau Suam dan maggi sup serta roti canai. Mula-mula waiter tu kata maggi sup belum lagi….aku understand, so aku tukar kepada semua roti canai.

kedai mamak

Dalam 2-3 minit lepas tu, waiter tu datang lagi, katanya limau dengan Milo dah habis! Kah, kah, kah….aku tergelak sebab restoran yang ada cawangan lebih dari 15 ni tak boleh nak arrange stock diaorang sampaikan Milo dengan Limau boleh habis! Bukan calang-calang restoran beb, listing kat Bursa Saham Malaysia tu!

Anyway, aku harap diaorang improve.

Selepas sarapan, aku teruskan perjalanan balik ke Balakong. Sampai kat Ipoh, aku singgah kejap ke rumah mak mertua untuk ambil adik ipar aku yang bekerja di KL. Aku sempat tidur kejap melepaskan penat.

Dalam jam 6 petang, aku sambung perjalanan balik, singgah kat KL sebab adik ipar aku nak ambil seluar yang dia tempah di Bukit Bintang. Malam ni sikit punya ramai orang sampaikan jem jalan!

Hari aku berakhir hampir jam 11 malam. Aku terlena sambil tengok TV…..

Semoga Ahad ni dapat mengurangkan kepenatan yang melanda badan aku sekarang……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: