KLIA

28-Julai-2010

Hari ni aku ke KLIA terus dari rumah. Aku pergi pick-up customer aku dari Penang nak datang audit factory. Banyak juga benda-benda baru yang pengurusan KLIA buat. Menarik gak. Aku sampai dalam jam 9.30am. Customer punya flight landing jam 9.55am. Jadi sempatlah aku capai kamera dan tangkap beberapa gambar.

Papan Tanda KLIA  Porshe Targa

Kemudian aku kat dalam KLIA tu, sempat aku baca sejarah industri penerbangan. Dapatlah aku bezakan melalui gambar bagaimana dahulu dan sekarang.

Papan Tanda Airport Dulu Notis KLIA

Dahulu, orang tulis pakai kapur, sekarang ni, taip kat komputer, terus naik kat TV flat skrin.

Lapangan Terbang Dulu Lapangan Terbang Sekarang

Dahulu, lapangan terbang terdiri dari 2 rumah beratap rumbia. Satu untuk check-in, satu untuk penumpang menunggu. Sekarang ni, pergh…siap ada Executive Lounge lagi. Pernah aku merasa sekali lounge MAS, sebab diaorang upgrade aku punya flight dari ekonomi ke Business Class sebab diaorang over booking Economy Class. Dapatlah aku merasa makan free, minum apa sahaja yang aku nak…..ni time aku balik semula ke Jepun masa aku belajar dulu. Mungkin dalam 12 tahun lepas.

Beratur Tengok Lapangan Terbang Baru Orang beratur nak tengok pembukaan lapangan terbang Subang (1965)

Kelas Aviation Kelas ATC (Air Traffic Controller) – (1952)

Bomba Airport Skuad Bomba Lapangan Terbang Sungai Besi – (1956)

Ipoh Airport Lapangan terbang Ipoh…..nanti aku pegi Ipoh, aku tangkap gambar terbaru.

Hebat juga sejarah industri penerbangan kita ni.

Selepas aku jumpa customer tu, aku bawak dia pegi kilang aku. Jauhnya dalam sejam driving at average speed 90km/h. Sampai kat kilang salam jam 11.30am. Bincang-bincang, pegi makan, balik kilang bincang lagi, line audit, bincang lagi, closing dan aku hantar dia balik ke KLIA.

Sampai-sampai je dah dekat jam 4.15pm. Aku ajak dia pergi sembahyang Zohor.

Arah Kiblat KLIA Dinding Surau KLIA

Lepas sembahyang, aku belanja dia makan Sardine Puff dengan Cappucinno Latte sejuk. Lepas makan, dah tiba dia boarding. Aku hantar sampai pintu masuk boarding. Salam-salam, dia pesan minta improve dan dia dan boss dia akan datang untuk audit improvement results. Aku suruh diaorang lain kali datang stay one night, nanti aku entertainlah. Boleh bawak jalan-jalan cari makan.

Lepas tu aku sembahyang Asar, bertolak balik. One the way balik, aku lalu kat Petronas sebelum tol masuk Elite. Tengok-tengok ada McDonald’s drive thru. Aku pun pit-stop, beli sundae cone…RM1.05.

Sundae Cone Kat Jepun, sundae cone macam ni diaorang panggil “Soft Cream”!

Aku terus ke Kajang, pergi main badminton dengan kawan-kawan lama. Hari ni tak ramai sangat, lagipun diaorang ni takde stamina. Game ended at 8pm, aku balik, singgah Petronas punya surau, solat Maghrib. Telefon isteri aku, dia order roti canai dengan roti nan.

Aku singgah kat kedai mamak dekat dengan rumah aku, order dan pergi ke kedai akuarium. Kali ni aku beli ikan Kelah 2 ekor. Kecik je, harganya RM8 seekor!

Ikan Kelah  Yang belah kanan sekali, kepalanya mengadap kanan….itulah ikan kelah!

Semoga esok lebih baik dari hari ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: