Bulan Mengambang DiPagi Hari

29-Julai-2010

Pagi aku bermula jam 5.00am. Alarm handphone aku berbunyi tepat pada masanya. Aku tekan Snooze, dia senyap kejap. Aku lelapkan mata dan 5.10am, berbunyi lagi handphone Sony Ericsson aku ni….oklah aku give-up, aku bangun. Pegi ke dapur, minum segelas air bertapis Diamond aku tu.

Lepas minum, aku ke akuarium kesayangan aku, on lampu, tengok ikan sekejap. Aku offkan pump air dan terus ke bilik air untuk melaksanakan tugas sebagai seorang yang mempunyai kepala, leher, tangan kiri dan tangan kanan, dada, perut, alat sulit, kaki dan 20 batang jari serta gigi yang dah banyak bertampal ni.

Selesai di bilik air, aku sembahyang Isya’ dinosaur dan sementara tunggu Subuh, aku melangut kat depan akuarium. Aku onkan filter external aku yang agak kuat daya sedutannya. Aku perasaan kat tiub penapis akuarium aku tu ada sesuatu yang mengalir laju masuk ke penapis…..aku biarkan sekejap. Azan Subuh berkumandang, dan aku terus laksanakan tugas aku sebagai orang Islam.

Lepas Subuh, aku macam dah takde mood. Tak sempat aku nak baca surah Al-Waqiah hari ni…penat sikit.

Hati aku tak senang sikit hari ni, jadi aku bukaklah filter akuarium aku tu. Ada seekor ikan seluang, yang terperangkap dalam filter tu rupanya. Aku kembalikan ke akuarium.

Hari ni isteri aku bangun lambat sikit, jadi minuman kesihatan aku disediakan oleh aku sendiri. Senang je kerjanya. Lepas minum, aku ke tandas, buang sikit, pakai baju kerja dan salam-salam dengan anak tunggal kesayangan aku tu. Salam isteri aku, cium-cium sikit, terus ke tingkat bawah guna lift.

Kat kereta, aku terlihat bulan mengambang di langit.

Bulan Pagi

Aku memandu terus ke tempat kerja tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Pagi ni langit agak penuh dengan awan.

Langit Pagi 29-Julai-10

Matahari terlindung tetapi sudah cukup untuk menunjukkan kekuatan cahayanya.

Hari ini di tempat kerja, aku siapkan report untuk pelanggan yang complaint pasal defect dent. Tengahari sebelum aku pergi makan, aku call Aeon Credit, tanya pasal application aku….rejected! Cess….tak dapat aku beli skuter impian aku. Nampaknya, kena tunggu bonuslah jawapnya.

Petang ni aku kena hantar satu lagi report ke customer kat Thailand yang complaint pasal rough surface dan loose burr…..pening!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: