Orang yang Paling Kaya di Babylon

Richest Man In Babylon

Buku ni aku dah beli lama dulu, rasanya tahun 2009 kot. Aku baca beberapa perenggan yang menarik perhatian aku. Buku ni membincangkan tentang macam mana untuk jadi kaya. Antara yang menarik ialah;

Tujuh Ubat untuk Merawat Dompet yang Nipis

1. Mula menggemukkan dompet: Simpan 10% daripada pendapatan kita. Contohlah, gaji RM2,000, jadi simpanlah RM200. Simpan dulu RM200 ni, kemudian barulah bayar hutang-hutang yang lain. Aku rasa ajaran ini dipraktikkan di negara kita melalui potongan EPF (KWSP) yang mana sekarang ni kita bayar 11%. (Majikan bayar 12%).

2. Control perbelanjaan kita: Bezakan antara keperluan dan keinginan. Contohnya, kereta Honda Accord 2.0 dengan kereta Honda City 1.5, kalau kita beli Accord, ini maknanya keinginan. Tapi, kita fikir untuk control belanja kita, maka kita dengan penuh azam untuk jadi kaya, belilah City, yang mana harganya beza dalam RM60 ribu.

3. Gandakan simpanan kita: Duit 10% yang kita simpan tu, kita laburkan ke arah yang boleh memberikan pulangan. Contoh untuk orang Melayu ni, kita ada ASB (Amanah Saham Berhad). Duit yang kita simpan tu akan bekerja untuk kita. Tiap-tiap tahun ia akan berganda sebanyak lebih kurang 8%. Kalau kita simpan RM10,000, selepas setahun ia akan jadi RM10,800. RM800 ni dah jadi anak, anak ini pula akan berkerja untuk kita. Selepas setahun lagi, anak RM800 ni akan lahirkan cucu yang namanya RM160 sambil kita akan dapat anak kedua yang namanya RM800 the second!

4. Lindungi duit kita dari diambil orang: Teruk-teruk kita simpan, dalam sekelip mata boleh diambil orang. Katanya, jangan melabur membabi buta. Islam ada mengajar yang mana pelaburan yang memberikan pendapatan tetap adalah Haram. Sekarang ni banyak yang offer pendapatan tetap, biasanya ni semua menipu duit kita. Satu lagi skim-skim piramid, jenis yang cari-cari orang ni. Ada yang kata kita labur sejumlah wang, pakej diamond lah, pakej platinum lah, kemudian tunggu je duit masuk berkepuk-kepuk tanpa perlu buat apa-apa. Biasanya, yang ni pun menipu. Kalau tak perlu cari orang, kenapa orang tu cari kita?

5. Jadikan rumah kita sebagai satu pelaburan yang menguntungkan: Beli rumah sendiri dan jaga rumah tu bebaik. Kat Malaysia sekarang ni, mengikut kawasan, harga rumah akan naik berganda-ganda. Lagipun kalau kita terus menerus menyewa, duit sewa akan jadi belanja. Tapi kalau kita beli rumah, duit sewa akan dinamakan duit pelaburan.

6. Pastikan pendapatan kita terjamin untuk masa depan: Makin lama, kos kehidupan kita makin meningkat. Masa aku umur 10 tahun, iaitu 23 tahun dulu, roti canai sekeping 30 sen aje. Sekarang ni dah jadi RM1.00. Maknanya, kos akan meningkat lebih kurang sekali ganda setiap 10 tahun. Jadi kalau umur aku masuk 60 nanti, roti canai akan jadi RM3.00! Bahaya! Jadi kenalah aku start kira-kira macam mana untuk tingkatkan income masa depan. Kata buku ni, belilah tanah, rumah, buat rumah ni rumah sewa, tanah tadi tanamlah pokok yang memberikan hasil seperti pokok getah.

7. Tingkatkan kemampuan kita untuk jana pendapatan: Yang ni benar-benar berlaku pada aku. Sepanjang aku bekerja untuk 6 syarikat sekarang selama 12 tahun, aku berjaya meningkatkan pendapatan aku dari RM1,600 kepada RM7,300. Semuanya adalah kerana aku suka belajar benda baru. Tiap-tiap syarikat yang aku masuk, aku akan mintak diaorang hantar aku pergi kursus. Statistiklah, teknik productionlah, management skills lah dan macam-macam lagi. Yang bestnya, benda ni free. Selain itu aku ambil lesen-lesen yang orang lain tak ambil port atau susah nak lulus. Contohnya, lesen RPO (Radiation Protection Officer) yang dikeluarkan oleh AELB (Atomic Energy Licensing Body). Masa aku ambil periksa ni, 100 orang ambil, 20 orang je yang lulus. Namun, ilmu hanya akan naikkan kita 10%, sikap kita 90% akan mengubah nasib kita!

Richest Man In Babylon Price

Banyak lagi perenggan-perenggan yang memberikan kita banyak maklumat. Jadi kalau nak beli, buku ni harganya RM29.50 di MPH. Kalau kat MPH, carilah kat bahagian Personal Finance. Kalau tak jumpa, tanya kat penjaga kedai tu.

Kat belakang buku tu macam ni summarynya;

“Beloved by millions, this timeless classic holds the key to all you desire and everything you wish to accomplish. This is the book that reveals the secret to personal wealth.

The success secrets of the ancients-an assured road to happiness and prosperity.

Countless readers have been helped by the famous “Babylonian parables.” hailed as the greatest of all inspirational works on the subject of thrift, financial planning, and personal wealth. In language as simple as that found in the Bible, these fascinating and informative stories set you on a sure path to prosperity and its accompanying joys. Acclaimed as a modern-day classic, this celebrated bestseller offers and understanding of – and a solution to – your personal financial problems that will guide you through a lifetime. This is the book that holds the secrets to acquiring money, keeping money, and making money earn more money”

>>> Ada Bible tu, tapi take positive one……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: