Hujan

21-Julai-2010

Hari ni tersedar jam 4.27 pagi. Pergi ke bilik air melaksanakan tugas orang yang dah minum air. Lepas tu aku on kan radio dan dengar Hot FM. Deejay takde cuma lagu-lagu je berkumandang. Nak try tidur balik tapi tak boleh. Dalam pukul 5am, handphone aku punya alarm berbunyi dengan alunan muzik Jepun. Aku bangun dan teruskan rutin aku, melaksanakan tugas orang yang dah makan, gosok gigi, mandi, solat Isya’.

Kemudian aku mengisi borang untuk buat pinjaman peribadi. Sediakan dokumennya dan InsyaAllah aku nak faxkan hari ini. Tujuan pinjaman aku;

(1) Nak bayar muka Skuter SYM VTS200

(2) Nak regularize aku punya hutang

(3) Nak buat back-up Ramadhan dan Raya 2010

Harap-harap lulus.

Dah settle semua, aku tunaikan Solat Subuh dan masa tu bini aku dah buatkan minuman kesihatan yang aku suka tu. Minum, siap untuk ke tempat kerja. Hari ni aku keluar awal sikit sebab angin kat luar tu kuat, rasanya hujan.

Hujan 21-7-10

Memang betul, hujan. Setelah travel around 40 minutes, hujan semakin lebat. Aku berenti kejap untuk sarungkan seluar hujan aku. Teruskan perjalanan yang tinggal lebih kurang 20 minit lagi.

Langit Pagi 21-7-10  Langit Pagi 21-7-10 (2)

Memang Indah Ciptaan Ilahi

Hujan ni katanya pintu rezeki terbuka. Memang betullah, kalau tak hujan, air kering….silap-silap kena catu. Jadi kalau hujan turun, janganlah komplen….”mengingatkan diri sendiri!”……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: