Perubahan Di Syarikat

20-Julai-2010

Pagi aku bermula pada jam 5.00 pagi. Macam biasa, Sony Ericson aku tu berbunyi tepat jam 5.00pagi sebab aku set alarm pertama aku tu jam 5. Bangun je, aku ambil tuala dan terus ke bilik air. Melaksanakan tugas sebagai orang yang dah makan dan gosok gigi terus mandi. Hari ini masih sejuk lagi. Tapi tak sesejuk semalam.

Aku sempat sembahyang Isya’ dinosaur dan lepas Isya’ aku baca Yaasin. Lepas tu tunggu Subuh. Lepas Subuh aku baca surah Al-Waqiah. Semasa baca surah tu isteri aku bangun, aku bagi salam dan dia terus ke bilik air. Anak aku masih tidur lagi.

Pagi ni macam biasa aku minum minuman sarapan kesihatan aku. Lepas tu aku timbang berat. Berat dah turun dari 94 kilo jadi 92kg. Aku akan berusaha untuk capai berat ideal aku iaitu pada paras 72kg sahaja.

Aku terlambat sikit bergerak dari rumah hari ini sebab aku terlupa bawak botol air. Sampai kat motor, isteri aku call dan aku naik semula ke tingkat 10 untuk ambil air 2L aku tu. Botol biru. Tanpa air ni, aku kena beli plak kat stesen minyak, dah rugi RM2 lebih.

Aku naik motor hari ini agak laju sikit, enjin pun macam baik je hari ini selepas aku tukar spocket, spark plug dan minyak hitam hari Sabtu lepas. Macam biasa aku buat pit stop kat Petronas, isi minyak RM1.70 dan pergi ke tandas, buang air kecil. Aku bertolak semula tepat jam 7.40pagi. Tiba ke tempat kerja jam 8.07 pagi.

Masuk jam 11 lebih, MD aku panggil dan kami berbincang pasal reject yang banyak berlaku sekarang ni. Dia minta aku menguruskan department aku sekarang ni. Gunakan orang yang sedia ada (yang dah ada pengalaman) dan bawa mereka ke satu tahap yang lebih baik.

Pada pandangan mata MD aku, dia kata yang sekarang ni, department aku hanya buat paperwork sahaja. Dia nakkan sesuatu yang lebih baik, biarlah ada tindakan yang boleh merubah keadaan sekarang. MD aku minta aku bubar sesuatu dan beritahu dia sebelum aku tukar sesuatu.

Dalam kepala aku sekarang ada beberapa perkara yang aku nak laksanakan;

(1) Tingkatkan produktiviti inspector aku

(2) Permudahkan cara berkomunikasi antara department aku dengan production

(3) Proses dan analisis data yang dikutip inspector

(4) Tingkatkan ketepatan pengukuran oleh inspector

(5) Sistem untuk memeriksa barangan yang masuk dari luar

(6) Buat summary report yang mudah di baca oleh semua, terutama sekali MD aku.

So, its time to take action….

Makan tengahari hari ini RM3.80. Nasi, ikan asam pedas, sayur campur dan air suam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: