Spocket EX5

19-Julai-2010

Jam 5.15pagi handphone aku berbunyi, alarm aku setkan jam ni sebab boleh aku bangun mandi dan masa tunggu Subuh tu dapatlah baca-baca Al-Quran sikit. Pagi ni sejuk betul, musim panas nampaknya dah bertukar jadi musim dingin. Macam biasa lepas Subuh aku minum minuman kegemaran aku dan terus naik motor EX5 aku ke tempat kerja yang jauhnya 60km.

Dalam minggu lepas, motor EX5 aku tersenguk-senguk bila aku lepas pulasan minyak selepas aku capai 80km/j dan bunyi enjin dah macam motor bot! Aku ingat dah rosak enjinnya, jadi aku pun bercadang untuk tukar kepada SYM VTS200. Survey-survey, harganya pelbagai mengikut kedai, ada yang RM10,400 ada yang RM9,900. Jadi, ini pengajaran yang baik kalau nak beli motor, kena survey 5-6 kedai dan compare.

Sabtu lepas, aku ke Sungai Buluh untuk merawat penyakit yang aku hadapi hampir setahun setengah ni…penyakit misteri. Nanti aku blogkan cerita ni. Boleh refer kat kategori “Sejarah Silam”.

Spocket Haus Depan-Belakang 19-Julai-2010

On the way balik dari rumah bomoh tu, aku singgah kat kedai motor untuk check motor aku. Rupanya spocket dah kong. Gigi dia dah haus tinggal separuh je. Aku dinasihatkan untuk tukar spocket, harganya RM55 satu set termasuk barangan berikut;

(1) Spocket depan

(2) Spocket belakang

(3) Rantai

Oklah, aku pun suruh dia tukar dan buat sekali;

(4) Tukar minyak hitam (RM16.50)

Minyak Hitam Motor 19-Julai-2010

(5) Tukar spark plug (RM4.50)

Ganti Spocket 19-Julai-2010

Motor pagi ni memang lancar. Speed juga boleh tahan. Aku berborak juga dengan tokey kedai motor tu. Aku yang tak berpengalaman ni, tanpa segan silu bertanya beberapa maklumat perlu untuk penjagaan motor. Antara maklumat yang aku dapat kumpul;

(1) Spocket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang bergantung kepada cara kita memandu

(2) Minyak hitam kalau nak cantik, 2,000km je tukar

(3) Air bateri kena check sebulan sekali

(4) Spark plug pun kena tukar sebulan sekali

*Ini untuk motor EX5 ler….motor lain dah tentu lain dia punya maintenance.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: