Motivasi Pagi

17-Julai-2010

Sabtu kerja….pagi tadi aku bangun jam 5.10 pagi. Sekarang ni dah automatik aku bangun pagi waktu-waktu macam ni. Aku bangun, teguk air kosong bertapis Diamond aku tu dan terus ke bilik air menunaikan tuntutan alam dan membersihkan diri aku.

Aku kemudian sembahyang Isya’ dinosaur dan dapat baca Yaasin sebelum azan Subuh bergema. Tempat aku ni boleh dengar 3 azan Subuh hampir serentak. Alhamdulillah. InsyaAllah kemudian hari kena plan untuk sembahyang berjemaah pulak. Khutbah Jumaat semalam ada mengingatkan aku kepada kelebihan sembahyang berjemaah. Sunat muakkad dan lebih 27 darjat berbanding solat bersendirian.

Lepas Subuh, aku baca Surah Al-Waqiah dan sempat tengok TV2 yang cakap tentang motivasi di tempat kerja.

Aku tertarik dengan ayat tentang perubahan, dia kata;

“Apabila kita perlu berubah, tapi kita menentang perubahan tersebut, maka akan ada banyak tenaga yang akan dibazirkan, namun jika kita positif dan mengatakan “Yes, sir!”, maka banyak tenaga yang dapat diselamatkan dan sesuatu perubahan sebenarnya akan membawa kepada sesuatu yang baru dan lebih baik!”

Kemudian, pakcik tu cakap lagi;

Berfikiran positif akan memberikan kita banyak pengalaman yang menyeronokkan. Contoh fikiran positif ialah seperti cerita berikut. Ada seorang pemuda sedang berjalan-jalan menikmati udara segar dipagi hari. Kemudian dengan tidak semena-mena seekor burung telah menjatuhkan bom “najis” nya ke muka pemuda tersebut. Tetapi, pemuda itu tidak marah-marah, tidak memaki burung tersebut, tetapi berfikiran positif dengan berkata “Nasib baik lembu tak pandai terbang!”

Kalau kita yang lemah ni, dah tentu memaki hamun. Burung yang salah, babi yang kena……”Babi punya burung!”

Pakcik tu tambah lagi;

Sesuatu yang berlaku sebenarnya akan memberikan hikmah yang baik untuk diri kita. Tetapi hikmah itu tidak akan terasa jika kita berfikiran negatif.

Pengajaran yang sangat baik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: