Harga Minyak Naik 5 Sen

16-Julai-2010

Hari ni kerajaan mengumumkan yang harga Petrol RON95 naik sebanyak 5 sen untuk setiap liter. Nampaknya kerajaan Malaysia nak kurangkan defisit belanjawan. Harap-harap tak impak sangat dengan keadaan ekonomi yang masih tak menentu sekarang ni.

Aku nampaknya tak effect sangatlah sebab aku naik motor ke tempat kerja. Satu hari aku belanja RM4 untuk minyak motor aku. Kerajaan naikkan sebanyak 2.8% harga minyak, jadi belanjawan aku akan berubah kepada RM4.11 seharian. Tambahan sebanyak 11 sen sehari.

Katakanlah aku kerja 26 hari dalam sebulan, maka perbelanjaan aku akan meningkat RM2.86. Tak impak sangatlah. Tapi hari ini juga barangan lain dah start naik. Kadang-kadang tak masuk akal langsung kenaikannya.

Gula naik 10 sen sekilo, tapi kat kedai mamak Teh ‘O naik segelas naik 10 sen juga. Kurang ajar betul! Diaorang peniaga ni ingat secawan Teh ‘O tu guna sekilo gula ke?!

Tapi dah jadi lumrah pulak sekarang ni bila kita katakan keadaan macam ni.

Kehidupan nampaknya tidak akan jadi lebih mudah jika kita bandingkan dengan keadaan 20 tahun dahulu. Tekanan kepada individu, terutama sekali orang yang makan gaji macam aku ni, semakin meningkat. Kalau tak jaga betul-betul, akibatnya merana.

Dulu tak perlu handphone pun boleh hidup. Sekarang ni kalau tak ada handphone dah susah dah. Orang siap boleh marah lagi kalau kita takde handphone.

Orang lagi marah kalau kita ada handphone tapi takde top-up………

Semoga keadaan ekonomi dunia semakin baik…..dah tak larat kerja tak dapat bonus hujung tahun beb!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: