Yamaha FZ150i

16-Julai-2010

Hari ini aku sampai ke tempat kerja dan clocking punch card jam 8.07am. Sejuk hari ini, dah seminggu macam ni dan agak berkabus. Hari ini aku ikut jalan baru, (yang aku baru tahu sebenarnya), sebelum ni aku ikut jalan yang ada 7 traffic light, hari ni rekod aku cuma lalui 3 sahaja. Mungkin dapat save dalam 10 minit kot.

Ada claim dari customer yang mengatakan bahawa parts yang ditimbang dan dimasukkan dalam beg plastik sebanyak 1,000 biji setiap plastik, ada shortage. Mana taknya, makcik yang timbang barang tu set satu standard weight yang diambil berbulan-bulan dahulu.

Setiap lot mana sama berat beb. Tolerance, machine different, material punya kualiti tidak sama untuk setiap lot atau bar.

Aku tegur dia suruh ubah cara menimbang yang mana dia kena timbang setiap fresh lot yang datang dari production. Dah tua, degil sikit, dia tak nak ikut sebab katanya susah…..mana ada kerja yang senang beb. Kalau nak senang duduk rumah jelah. Duduk rumah pun susah beb, sebab tak ada duit masyuk…

Takpelah, nanti aku refer to their boss and fix their attitude.

Semalam ada satu hal lagi yang buat aku naik darah, satu motor Yamaha FZ150i ni potong motor aku kat dalam terowong motorcycle lane. Lepas terowong tu ada selekoh tajam. Aku hon dia, tapi dia buat dek aje. Sikit lagi nak gesel beb. Diaorang ni tak tahu hormat keselamatan orang lain ke?

Yamaha FZ150i

Harap mat motor ni menghargai orang lain punya keselamatan ler, sebab if something happens to the cyclist yang maybe somebody father, tak ke naya family dia. Nak cepat pun buat apa, beza mungkin 10 minutes earlier sahaja. 10 minit cepat tak akan ubah apa-apa.

Semoga keadaan menjadi semakin baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: