Tayar Pancit!

15-Julai-2010

Hari ini aku datang kerja dengan kereta company. Bertolak dari rumah tepat jam 6.50 pagi dan aku clocking aku punya punch card jam 7.46 pagi. Kira 56 minitlah perjalanan hari ini. Tol total dalam RM6.90. Kalau aku naik kereta, pergi kerja, kosnya;

(1) Tol = RM13.80

(2) Minyak = RM20

Jumlah = RM811.20 untuk sebulan. Jika aku kira aku bekerja 24 hari sebulan. Perghhh….berdarah jugak!

Kalau aku naik superbike EX5 aku tu, kosnya;

(1) Tol = Free!

(2) Minyak = RM4

Jumlah = RM96 sebulan jika aku bekerja 24 hari dalam sebulan. Selamat RM715.20 dalam sebulan dan kalau setahun RM8,582.40……tambah sikit lagi dah boleh pergi Mekah dengan anak dan isteri aku.

Semalam aku ke tempat customer di Shah Alam dalam jam 5.30 petang. Ada kuantiti shortage. Aku dah expert dah pasal ni sebenarnya. OK, untuk setiap lot, barang metal yang beratnya sebiji tak sampai 0.5g, ada beza berat 2-3% yang menyebabkan, reference berat untuk mesin timbang akan menyebabkan kuantiti shortage atau terlebih dalam 2-3% jugak.

Dalam kes semalam, aku rasa beza beratnya hampir 1.7% yang mana setiap seribu pieces barang yang dipek, ada shortage around 11-17 biji setiap pek.

Jadi penyelesaiannya, semua lot mesti ditimbang reference weightnya. Contoh;

(1) Manual count 100pcs, ambil beratnya

(2) Set reference standard pada weighing machine untuk setiap lot dengan difference standard.

Lepas aku buat langkah di atas, aku bawak replacement dan bila diaorang kira…boom! Tepat. Selesai buat explanation pada customer, aku mintak diri untuk balik. Jam dah tunjuk pukul 6.30 petang.

So, aku terus bertolak balik ke rumah dengan kereta company.

Sampai kat stesen minyak Shell, aku pit stop kejap, isi minyak penuh tangki dan park tepi kedai kat Shell tu, pergi toilet buang air kecil.

Masa nak ke kereta, ada customer dari Penang call, tanya pasal delivery quantity….aik? QA Manager kena jaga delivery jugak ke? Anyway aku settlekan untuk diaoranglah. Sistem dah gone lah macam ni kalau QA Manager kena buat semua benda.

Bila aku ke kereta, aku tengok tayar kereta belakang belah kanan pancit! Aku try pam, tapi lepas pam aku dengar hiss sound yang kuat. Angin keluar dengan kuat. Check tayar punya permukaan, aku tengok ada satu metal straw dan sebatang skru melekat kat tayar.

Metal Straw dan Skru

OK, untuk panduan yang tak tahu macam mana nak tukar tayar spare, aku terangkan macam mana aku buat. This is my way;

(1) Ambil jack, jack ni gunanya untuk angkat body kereta supaya tayar boleh buka.

(2) Cari satu tempat dekat dengan tayar yang biasanya bentuk macam gambar di bawah.

Tempat Jack Kereta

(3) Naikkan sikit jack tu sampai touch lekuk yang dua tu.

(4) Longgarkan skru tayar. Kalau ketat, masukkan alat untuk buka skru tu rapat-rapat, pijak handle dia dengan sebelah kaki. Kalau tak boleh gak, henyak sikitlah. Aku berat, jadi sekali pijak aje dah longgar.

(5) Naikkan jack sampai tayar yang pancit tu terangkat dari tanah. Pastikan tempat jack tu tak lembut. Elok atas tarlah.

(6) Bukak semua skru.

(7) Tarik keluar tayar.

Lepas Buka Tayar

(8) Masukkan tayar spare.

(9) Pasang balik skru dia. Kalau boleh maintain skru tu kat tempat yang sama. Jangan ketatkan dulu. Sikit-sikit je ketatnya. Proses untuk ketatkan skru ni boleh buat jack kita tertendang keluar dari tempatnya. Bahaya!

(10) Turunkan jack sehingga tayar spare tadi cecah bumi.

(11) Barulah kita ketatkan skru-skrunya. Untuk pastikan ketat, naik sebelah kaki kat handle pembuka skru ni. Henyak dua tiga kali.

(12) Simpan tayar yang dah pancit tadi, jack dan peralatan lain….laplah peluh yang dah menyiram tadi tu!

Metal Straw

Inilah culprit yang menyebabkan aku berpeluh sakan!

Tayar yang dah pancit tu aku terus hantar kedai kasi tampal. RM5 aje kena untuk satu lubang.

Sebab kat sebelah kedai tayar tu ada kedai jual ikan hiasan. Aku yang sangat minat dengan akuarium ni, terus gi beli beberapa ekor ikan dan aksesori untuk buat balik akuarium 4 kaki aku yang dah lama kering kat rumah tu.

Lampam X2, Ikan Susu X2 dan ikan halus X12.

Akuarium Aku

Ikan Susu

Hari aku berakhir dengan kepenatan…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: