Business Trip

12-Julai-2010

Jumaat lepas aku ke Pulau Pinang berjumpa dengan customer. Ada sedikit quality issue dengan part yang dimachinekan pada tahun 2009. Memang jadi persoalan dengan teknik appearance check dan FIFO (First In First Out) sistem yang diamalkan kat tempat kerja baru aku ni.

Anyway, meeting dengan diaorang punya person-in-charge berkesudahan dengan results yang agak baik. Mereka akan gunakan stok yang ada dan asingkan part yang ada reject tu. Aku bertolak balik dalam jam 7 petang. Singgah kat Auto City tengok motor besar (superbike). Tanya punya tanya, ada satu Kawasaki 650cc tu RM26,000. Terpakai. Harga asal RM35,000 kalau beli baru.

Ada sebijik Honda Blaze (rasanyalah), sebijik macam Harley Davidson. Harga RM135,000. Downpayment 40%, hutang bank 5 tahun…masak!!

Semalam, Ahad, aku pergi jalan-jalan mengabiskan duit. Aku ke Mph untuk menengok-nengok buku-buku yang boleh dibeli. Aku belikan untuk anak aku majalah world cup 2010. Anak aku ni memang gifted, dia boleh hafal semua keputusan perlawanan world cup kali ini dari perlawanan pertama hingga perlawanan akhir yang berkesudahan Spain menang 1-0 masa tambahan. Yang menakjubkan aku, dia hafal sekali nama penjaring gol dan siapa yang kena kad merah serta kenapa dia kena kad merah! Aku akan rakamkan masa dia sebut dari perlawanan pertama mengikut turutan hingga perlawanan akhir untuk kenangan aku.

Aku belikan satu novel hikmah untuk isteri aku dan 2 buah buku Islam untuk aku baca.

Buku pertama yang aku beli;

Jika Ingin Berjaya Bersolatlah

“Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah”, RM14.90

dan buku kedua;

Berubat Dengan Solat

“Berubat Dengan Solat”, RM13.00.

Semoga pelaburan ini membawa kebaikan kepada aku dan keluargaku dunia dan akhirat.

Pagi ini, aku ke tempat kerja dengan memandu kereta company yang aku bawak balik straight dari Pulau Pinang Jumaat lepas. Memang syok naik kereta sambil dengar orang mengomel tentang perlawanan Piala Dunia yang berlangsung pagi buta tadi 2.30 pagi waktu Malaysia.

Sampai tempat kerja jam 7.40pagi, tepat sejam dari rumah aku dengan catatan KM sebanyak 60km. Alhamdulillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: