Nyaris-nyaris

9-Julai-2010

Hari ini bermula seperti buasa. Aku bangun tepat masa azan Subuh. Terus mandi dan tunaikan kewajiban sebagai seorang Islam. Alhamdulillah sempat baca Surah Al-Waqiah.

On the way ke tempat kerja dengan motor EX5 aku, aku terlihat satu kejadian yang agak mencemaskan yang mana seorang pakcik dalam lingkungan 40-an, tergolek dari motor Suzukinya. Badan dia terbaring atas jalan dan di belakang ada satu kereta Lancer biru membrek. Nyaris-nyaris jugaklah.

Aku yang ada kat belakang tak sempat buat apa-apa. Cuma sempat tengok aje. Semoga Allah memberikan rezeki kepada pakcik tu dan membolehkan dia tukar tayar motor dia kepada tayar yang lebih besar. Tubeless macam yang aku pakai sekarang.

Dari pengamatan aku, pakcik ni mungkin tidak berkemampuan sebab seluar dia aku tengok lusuh. Anyway, aku teruskan perjalanan dan sebelum betul-betul masuk ke simpang tempat aku bekerja, aku terlihat sepasang suami isteri yang naik motor, isterinya meriba anak kecil, mungkin dalan umur 2 tahun, kaki anak tu tak berbalut, nampak kejang je kakinya. Tak syak lagi yang cuaca sejuk pagi tu membuatkan permandangan yang hiba tu menusuk terus ke jantung aku. Aku rasa macam nak nangis. Aku terus berdoa agar Tuhan memberikan rezeki pada ibu dan bapanya agar mereka mampu berikan yang lebih baik kepada anaknya. Amin.

Aku tiba ke tempat kerja 10 minit sebelum loceng mula bekerja berbunyi. Punch card aku merekodkan 8:08 pagi.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: