Pagi yang Dingin

8-Julai-2010

Rekod baru! Aku bergerak dari rumah tepat jam 6:50am. Selalunya 7:00am baru motor aku masuk gear 1. Seperti biasa, motor aku memecut laju, meter tunjuk 90km/j, tapi aku rasa mungkin hanya 70km/j sahaja sebab, kereta lain memotong aku dengan sekali tekan sahaja. Takpe, asalkan aku sampai ke tempat kerja, sudahlah.

Ari ni agak sejuk sikit sebab mungkin hujan semalam menyebabkan suhu menurun. Nasib baik aku memakai 2 lapis baju. Satu t-shirt dalam dan satu lagi baju kerja. Di atasnya aku pakai pulak baju hujan Givi yang aku rasa bagus kualitinya.

Sempat tuang minyak RM4 di stesen minyak berdekatan dengan rumah aku. Selalunya dah travel 40min baru aku isi minyak.

Aku sampai kat tempat kerja jam 7:50 pagi. Kerja start 8:15am jadi sempatlah aku menukilkan beberapa patah perkataan untuk tatapan semua.

Tadi aku terima komplen dari pelanggan dari Thailand yang mengatakan bahawa ada dimension out of specification. Check sample barang yang disimpan, memang betul ada yang reject!

Aku buat summary, kandungannya;

(1) Fenomena reject tu (jumpa kat mana, reject yang macam mana, kuantiti, peratusan)

(2) Apa tindakan seterusnya terhadap reject lot yang pelanggan jumpa

(3) Apa tindakan untuk stok yang ada di tangan sekarang

(4) Apa tindakan untuk lot yang baru nak dimesinkan

(5) Apa tindakan ke atas sebab kenapa kita tak boleh detect reject tu sebelum hantar

Habis buat report yang simple, aku lapurkan pada MD aku dengan membawa sample barang yang jumpa reject.

Selalunya dia marah-marah, tapi mungkin sebab approach yang aku bawa ada sedikit baik dari orang yang sebelum ini buat, dia ok-ok aje. Siap bagi cadangan lagi untuk buat macam mana.

Dia ada komen yang orang sebelum aku buat kerja tak menepati piawaian yang dia nak. Anyway, good sign…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: