Hujan

7-Julai-2010

Hari ini macam biasa aku ke tempat kerja awal pagi. Agak sejuk hari ini. Awan melihatkan pemandangan yang sangat indah. Tuhanku, kuasaMu tidak terbatas.

Awan Pagi

Di pejabat, perkara special tak ada, cuma perkara-perkara normal sahaja.

Aku tengok Manager yang aku akan ganti tempat dia nanti kena marah dengan MD. Patutlah kena marah sebab kerjanya tidak lengkap. Dia mengomel juga selepas tu. Silap sendiri, jadi kenalah tanggung.

Dalam jam 4 petang, hujan turun dengan lebatnya. Disebabkan aku duduk dalam bangunan, jadi aku tak rasa apa-apa. Dengar bunyi dentuman kilat aje.

Hujan

On the way balik dengan motor EX5 kesayangan aku, hujan renyai-renyai. Dah separuh jalan, hujan jadi makin lebat. Aku pakai baju hujan dari awal tapi seluar jeans aje. Nak berenti tepi jalan untuk sarung seluar hujan, aku rasa tak selamat.

Sampai je kat rumah, baju aku tak basah, tapi glove, seluar dan kasut termasuk stokin aku lenjun!

Apa yang aku dapat bezakan kali ini ialah:

(1) Baju hujan jenama Givi (RM80 lebih kurang) adalah sangat baik kerana tak membasahkan baju aku

(2) Baju hujan jenama Yamaha (RM70 lebih kurang) adalah kurang baik untuk menahan hujan sebab aku punya baju selalu basah bahagian dada kalau kena hujan. Seluarnya pun tak bagus sebab selalu buat spender aku basah!

Jadi aku sarankan kepada geng motor untuk beli jenama Givi (originallah) untuk memastikan kita kering bila sampai ke destinasi tujuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: