Ikan Bakar

4-Julai-2010

Hari ini bermula awal. Aku bangun jam 5.30 pagi. Sembahyang Subuh, tengok bola Jerman lawan Argentina….kena belasah Argentina ni 0-4. Aku sokong gak Argentina ni, tapi nampaknya enjin tua tak boleh tandingi enjin muda.

Lepas tu aku terlelap kejap, mandi pagi dan terus keluar pergi makan roti canai seperti selalu bersama-sama isteri dan anak aku. Lepas makan roti canai garing, aku pergi ke Carrefour untuk beli stok makanan untuk malam ni.

Biasanya aku pergi makan kat luar, tapi kali ni nak tukar angin. Minggu lepas makan kat luar, termakan banyak sikit, esoknya pening kepala. Mungkin disebabkan MSG yang ditambah dalam makanan untuk menambah kesedapannya. Bisnes punya pasal beb.

Aku masak sendiri malam ni, start dalam jam 6.45pm. Aku masak sambal ikan rebus (resepi yang aku cipta sendiri), sayur kangkung goreng (kegemaran aku) dan ikan jaket bakar (ini pun resepi aku sendiri).

Sambal Ikan

Kangkung Goreng

Ikan Bakar

Nampaknya boleh tahan jugak rasanya. Kosnya pun tak semahal aku makan kat luar. Minggu lepas aku makan hampir RM60. Hari ni kosnya, RM10 je + 1jam 30minit masa. Anyway….success.

Esok aku kena gi kerja. Ini adalah hari kerja aku yang ke 4 di syarikat baru. Kena gi mengadap customer sebab barang yang kilang tu hantar sebelum ni ada reject 0.001~0.002 mm. Kecik sikit pun tak boleh beb. Aku rasa diaorang guna tempat reject tu untuk insert bearing.

Jadi esok aku akan ke Pulau Pinang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: