Lahirnya seorang Pahlawan!

Pada tanggal 24  Mac 1977, aku dilahirkan di muka bumi ini oleh ibu yang amat aku kasihi sehingga sekarang walaupun ibuku telah pergi meninggalkan aku semasa aku berumur 11 tahun.

Aku tinggal di sebuah rumah kampung yang bertiang tinggi dan pada masa itu, keluargaku hidup di bawah paras kemiskinan.

Tiada elektrik dan tiada bekalan air paip. Keluargaku masih memasak mengunakan kayu api, malam aku diterangi oleh lampu minyak tanah dan air yang menyiram tubuh serta digunakan memasak datang dari perigi yang jauhnya hampir 300m dari rumah.

Setiap kali aku pergi mandi, aku akan mengangkut 1 atau 2 baldi sederhana ke rumah, diisi dalam tempayan atau kolah untuk digunakan memasak dan membasuh pinggan serta urusan-urusan lain.

Ada satu kolah yang dibina dihadapan kiri pintu masuk dapur untuk digunakan sebagai tadahan air hujan. Kolah inilah yang membantu keluargaku memberikan bekalan air untuk digunakan ke tandas.

Halaman rumahku adalah halaman yang dilitupi dengan pasir putih halus. Bukan pasir laut, tetapi pasir biasa yang apabila terkena kulit, boleh menyebabkan kudis jika tidak dibasuh bersih semasa mandi.

Di belakang rumahku ada sebatang pokok limau, 2 batang pokok bacang, sebatang pokok sireh, beberapa pokok pisang, serumpun pokok bunga kantan, beberapa pokok manggis, rambutan, durian, belimbing besi, nangka, petai dan mempelam.

Di sebelah kanan dapur ada sebuah reban ayam dan keluarga aku memelihara beberapa ekor ayam kampung yang agak aktif bertelur.

Dihujung halaman berhampiran dengan jalan menuju ke sungai, ada sebuah perigi buta (tidak mengeluarkan air) yang dalamnya hampir 20m. Perigi ini ditutup rapat dan sekelilingnya bertanah gambut. Aku tidak tahu asal usul perigi ini kerana yang aku ingat, selepas akalku mula boleh menyimpan memori, perigi tu dah ada di situ.

Jalan untuk ke jalan besar akan melalui 100m kawasan lalang, dan hampir 150m kebun getah yang dimiliki oleh orang kampung.

Pengangkutan rasmi ayahku (aku panggil ayahku “Bapak”) ialah motor Honda Cup lampu bulat. Emakku jalan kaki sahaja, seingat aku ibuku ada basikal berbakul dihadapan dan framenya berwarna merah. Aku, basikal jugak. Basikal aku dipanggil basikal “Chopper”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: