Akuarium Baru

31-Ogos-2010

Cuti merdeka! dan hari ni adalah hari ke-21 aku dan umat Islam yang lain berpuasa pada Ramadan 2010. Aku macam biasa bangun pukul 4.50 pagi. Malam tadi aku dah solat Isya’, tapi masa tu aku terlambat solat Maghrib. Leka dengan nikmat dunia. Semoga aku boleh jadi lebih baik hari ini.

Tak banyak benda yang aku buat hari ni. Just relaks-relaks sahaja, membaca buku “Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah” (klik kalau nak tengok komen yang aku buat pasal buku ni) dan aku juga telah menulis tentang maksud surah ni. Surah Al-Waqiah ni menyedarkan aku tentang nikmat syurga yang abadi hasil daripada amalan aku di dunia. Aku sebelum ni terlalu mengejar keduniaan tanpa mengambil berat betul-betul tentang akhirat.

Beberapa minggu lepas, aku punya ikan mati kesemuanya. Ada keputihan pada kulit ikan aku tu. 2 hari sebelum tu aku ada tukar air, dan ikan tu macam sihat je sebelum aku tinggalkan untuk pergi ke Penang outstation.

Aku hampa juga sebab aku banyak juga spend untuk beli ikan lampam dan kelah.

Aku pergi jumpa dengan tokeh kedai ikan tu dan bertanyakan kenapa. Dia kata ada beberapa sebab ikan aku mati kesemuanya;

(1) Air kotor, katanya hari Jumaat jangan tukar air sebab air paip kotor kat Selangor ni. Mungkin Syabas mengecaj air kotor keluar dari loji kot?

(2) Kena letak garam dalam air….cess, yang ni aku terlupa nak buat!

(3) Jangan letak klorin killer terlalu banyak. Mesti ikut sukatan! Yang ni pun aku tersilap.

Aquarium Baru Aquarium Baru 2

Akhirnya dengan ilmu dan revision terhadap fakta dan teknik yang aku dah lupa, aku membina semula akuarium aku dengan 5 ekor ikan koi (yang warna emas tu) dan 2 ekor ikan mata besar yang aku tak tahu namanya. Ikan tu macam ikan laut pulak (ebek kot).

Semoga ikan-ikan aku sihat. Aku ada dengar orang cakap yang setiap liuk ikan itu adalah zikir untuk kita. Tidak seperti burung yang dikurung, membela ikan ada kebaikannya.

Mukjizat Surah Al-Waqiah

Menyingkap Mukjizat Al-Waqiah

Buku ini aku baru beli sebelum bulan Ramadan 2010. Aku cuba untuk amalkan Surah Al-Waqiah ini untuk aku membetulkan keadaan ekonomi aku sekarang. Aku dah mula bekerja semula selepas hampir 3 tahun bekerja sendiri menempuh berbagai suka dan duka,

Buku dengan jumlah mukasurat sebanyak 116 ini menerangkan tentang kelebihan surah Al-Waqiah. Walaupun tidak banyak hadis yang mengutarakan tentang kaitan surah Al-Waqiah dengan kelancaran rezeki kerana Nabi SAW tidak mahu kita menjadikan harta dunia ini keutamaan. Namun begitu, Nabi juga tidak mahu kita fakir kerana fakir itu membawa kepada kekufuran.

Menyingkap Mukjizat Al-Waqiah-Harga

Aku dapat buku ini di MPH dengan harga RM10.90, sama seperti harga yang tercetak pada barcodenya.

Berikut adalah bab-bab yang ada pada buku ini.

      1. Pendahuluan
      2.         > Kelebihan-kelebihan surah di dalam Quran (Al-Fatihah, Al-Baqarah, Al-Kahfi, Yasin, Ad-Dukhan, Al-Waqiah)

               > Surah Al-Waqiah termasuk Surah Makkiyah
               > Asbabun Nuzul Surah Al-Waqiah
               > Persoalan-persoalan
        2.   Maksud Surah Al-Waqiah
               > Sekilas berkenaan kandungan surah-surah dalam Al-Quran
               > Al-Waqiah, surah yang ke-56
               > Hubungan surah Al-Waqiah dan Surah Al-Hadid
               > Menjelaskan mengenai kiamat
               > Pedihnya neraka dan nikmatnya Syurga
               > Keistimewaan Surah Al-Waqiah
        3.   Membaca Surah Al-Waqiah Menjauhkan Kefakiran
               > Beribadah dan berusaha
               > Kekuatan spiritual memudahkan rezeki
               > Membacanya setiap malam
               > Jumlah bacaan
               > Istiqamah
               > Pasrah pada Tuhan

      4.   Menyingkap Keajaiban Ayat-ayat Dalam Surah Al-Waqiah

             > Simbolisme Tafsir dan Takwilnya
             > Kekuatan batin dalam Surah Al-Waqiah
             > Iktiraf dan Qanaah
             > Mengamalkannya dengan khusyuk
             > Menyingkap diri
             > Terapi logik mengenai keseimbangan dan ketenangan
      5.   Pemahaman Batin Surah Al-Waqiah
             > Mendekatkan diri pada Allah
             > Bibir berucap, fikiran mengingat
             > Reaksi usaha
             > Keseimbangan emosi dan spiritual
             > Motivasi diri dan amalan spiritual
             > Mempertahankan keyakinan dengan amalan spiritual
             > Penutup
        Last sekali penulis ada mencatatkan tentang Bibliografi atau mengikut kefahaman aku, rujukannya semasa penulis mencatatkan penulisan ini.
          Di belakang buku ini pulak, penulis mencatatkan ayat-ayat berikut;

          Tentu Anda Ingin Tahu

          > Apakah rahsia agung di sebalik surah Al-Waqiah?

          > Benarkah surah Al-Waqiah dapat membuka pintu rezeki?
          > Apakah keajaiban dan kelebihan yang terkandung dalam surah Al-Waqiah?
          > Ramai individu mengenal surah Al-Waqiah sebagai surah bagi berjaya dan menghindari kemiskinan. Di manakah letaknya kekuatan itu?
          > Apakah tiga golongan yang disebutkan dalam surah Al-Waqiah?
          > Teknik dan cara mengamalkan surah Al-Waqiahsecara istiqamah?
          Ramai individu mengeluh apabila usaha yang dilakukan tidak memberikan hasil seperti yang diimpikan.
          Adakah kita mengkaji sebab terjadi sedemikian?
          Adakah kita pernah mendengar ‘usaha semata-mata juga tidak menjamin kejayaan’? Ada kalanya kita perlu mengamalkan sesuatu selain usaha dalam meraih kejayaan. Surah Al-Waqiah menampilkan kisah-kisah yang menjelaskan, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang melimpah ruah dan terhindar daripada kefakiran dengan membaca surah ini secara istiqamah.
          Ayuh kita terokai mukjizat di sebalik surah ini.
            Beberapa point yang aku dapat daripada membaca buku ini hampr keseluruhan ialah;
            1. Baca Al-Quran perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gopoh
            2. Apabila kita dapat berkomunikasi dengan Al-Quran melalui bahasa hati, Al-Quran akan menjadi pembimbing kita supaya tidak sesat hidup di dunia.
            3. Sesiapa yang membaca Al-Baqarah pada malam hair, maka syaitan tidak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam. (Hadis Muslim)
            4. Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia pasti tidak akan mengalami kefakiran. (Hadis Baihaqi dari Ibnu Mas’ud)
            5. Berusaha sahaja tidak cukup, kita perlu amalan dan pergantungan kepada Allah SWT.
            6. Ada hadis yang mengatakan yang Allah adalah seperti yang kita nilai dan faham akan sifat-sifatnya. Jadi jangan pra-sangka atau sangsi terhadap kuasa Allah.
              Selepas membaca buku ni, banyak perkara yang aku tak buat masa aku berniaga dulu. Ini memberikan kesedaran pada diri aku dan aku bertekad untuk kembali semula ke alam perniagaan dan dengan amalan yang lebih terhadap Allah. Akan ku tadahkan tanganku ini memohon petunjuk dan perlindungan dari Allah SWT.
          Follow

          Get every new post delivered to your Inbox.